Semoga dia berjaya

August 18, 2015

Assalamualaikum. 

I'm back, yeah!

Dah baca ke belum entri aku yang lepas? Hm, tentang "Mahasiswa Yang Bagaimana?" 

Haa..korang yang bagaimana? 

Tepuk dada, tanya hati.

Okay,

Hari ni lain pula entri yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Tapi, sebelum baca, aku nak korang cuba menyelami ke dasar hati apa yang aku cuba nak sampaikan.

Kalau korang dah dapat peluang sambung belajar dekat universiti yang korang minat, kos yang memang pilihan tapi, korang rasa berbelah bahagi sebab masalah kewangan keluarga. Maklumlah perbelanjaan bila nak masuk universiti, ijazah pula tu, mestilah bayarannya mahal. Paling kurang yurang cecah hampir RM2000 dan ke atas. Dan kau keliru samaada mahu terima atau tolak.

Kisahnya bermula begini (lebih kurang lah), seorang sahabat aku bertanya pendapat aku di 'whatsapp',

"Dayahh..aku stress lah. Macam mana ni? Aku tak tahu lah nak terima atau tolak tawaran"U. Aku ada masalah ekonomi keluarga. Hati aku berbelah bahagi."

Bila aku baca, aku terdiam sekejap untuk memikirkan jawapan terbaik untuk aku bagi. Kalau boleh, aku nak bagi pendapat yang 'super ohsem' untuk dia. Aku nak sangat tengok dia sambung belajar, boleh ubah nasib keluarga dia nanti. Jadi, jawapan aku yang agak 'simple' tapi memberi kesan yang besar.
 "Kau dah istikharah? InshaAllah disitu ada jawapan yang terbaik untuk kau."

Aku tahu, jauh dari sudut hati, dia nak sambung belajar untuk capai cita-cita dia. Cuma, dia rasa diri dia akan membebankan keluarganya disebabkan kos perbelanjaan yang tinggi. Dan selepas tu kami berbual panjang, aku memberi dia kata-kata semangat dan sedikit cadangan untuk menyelesaikan masalahnya. Aku harap sedikit sebanyak dapatlah membantu dia.

Aku tak mampu untuk membantu dari segi kewangan, sebab aku pun masih belajar. Tapi, kalau mahu meminta cadangan, nasihat, pendapat, inshaAllah aku sedia membantu. Aku akan ada disaat diperlukan. Aku harap korang doakan untuk sahabat aku ni, semoga Allah merahmati setiap keputusan yang dia buat.


Terkadang peluang sudah terbentang luas di depan mata, cuma kita masih ragu-ragu disebabkan hal yang tertentu. Serahkan semuanya kepada DIA.

Di akhir perbincangan kami, aku memberikan kata-kata inspirasi supaya dia tidak lemah semangat:

"Dekat luar sana, ummah tengah tunggu kau. Buatlah keputusan yang tepat. Ingat, hanya orang yang terpilih je dapat sambung belajar dalam kos yang kau dapat tu. Fikir baik-baik. Apa pun keputusan kau, aku doakan semoga kau berjaya."

Aku harap sangat, dia terima tawaran tu. Semoga dia berjaya.

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation