SEMANGAT DARI SI KUDUNG

March 01, 2016











SubhanAllah..

Harini ada satu situasi dimana aku baru tersedar kenapa aku dekat sini. Yelah, sebenarnya aku datang kat sini bukanlah dengan hati yang rela. Serius? Yurp, aku serius. Hati aku berbelah bahagi.

Tapi, situasi yang aku nampak harini betul-betul menyedarkan aku.

Nak tahu situasi apa tu?

Tengah hari tadi aku dengan kawan sekelas pergi makan kat kafe. Masa tu ramai sangat orang. Memang ramai lah, sampai kau rasa macam malas nak makan. 

Tapi, aku makan juga sebab lapar. Hehe..

Tengah syok-syok makan ayam goreng, aku ternampak seorang lelaki yang kudung tangan kirinya lalu di sebelah meja kami makan. Tiba-tiba aku macam tersentak.

Tersentak sebab apa?

Sebab..

Walaupun dia kudung, tapi dia masih punya semangat untuk menuntut ilmu dekat universti yang besar macam ni.

Walaupun dia kudung, tapi dia tak malu pun nak berhadapan dengan orang ramai.

Walaupun dia kudung, tapi dia tak mencari alasan untuk tidak menuntut ilmu.

Tapi macam mana pula kalau aku?

Aku yakin dan pasti, mungkin aku tak mampu dan tak setabah dia.

Yelah,

Baru berjauhan dari family, walaupun tak lah jauh sangat, itu pun dah rasa down, tak semangat nak belajar, termenung je.

Rasa malu pula jika nak dibandingkan dengan lelaki tadi.

Benarlah fiman Allah, 

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

-Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya-


Terima kasih kerana menyedarkan diri ni.

Alhamdulillah :)



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation