KHIDMAT MASYARAKAT RUMAH KASIH

May 03, 2016

30 APRIL 2016
Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang KL.

Ini merupakan satu program yang kelas kami adakan untuk menyiapkan assignment bagi subjek "Personal Development and Ethics"

Alhamdulillah, kami dapat menjayakan program ni dengan sejaya-jayanya. Tahniah untuk semua classmates dan terima kasih untuk segala usaha yang korang dah curahkan. hehe..Tapi bukanlah 30 markah tu yang kita kejar, tapi sebenarnya apa yang kita dapat kongsi dan beri kepada anak-anak kat rumah kasih tu. Ada yang anak asnaf dan ada juga yang anak yatim sejak kecil.



Aktiviti yang kami jalankan terbahagi kepada 2 iaitu fasilitator dan gotong-royong. Alhamdulillah, kami dah curahkan sedaya upaya tenaga yang kami ada untuk memberikan yang terbaik untuk adik-adik kat rumah kasih tu.


Sorry, akak busy dik..tak sempat tengok camera..hehe




Rasa paling sebak, bila kita tanya apa harapan adik-adik, dorang cakap nak jumpa ibu..hmm
ada lagi satu tu dia tulis, "kenapa orang kaya, syurga mereka dibawah telapak kaki ibu?"
Maksud dia kat sini, orang kaya tu ialah orang yang ada ibu ayah, so mereka ni ada syurga..tapi, dorang yang dah take ibu ayah, syurga mereka kat mana? hmm


Memang diakui lah, adik-adik ni sangat aktif tapi tahniah lah kat fasi2 yang berjaya menangani dengan sabar tu..hehe..aku gotong royong je tak berapa jumpa dengan budak-budak tu sangat. hehe..


yang pakai tudung pink tu, nama dia nana..kitorang panggil dia adik nana baru umur 5 tahun tak silap..dia ada adik lagi sorang, umur 4 tahun. mak dorang meninggal masa dalam pantang selepas melahirkan adik dia tu..Adik nana memang kuat lah dan akak doakan adik kuat sampai bila-bila dan berjaya dunia akhirat. haihh, sedihhh..


Aku suruh main belon air tu, dia boleh pulak senyum macam tu. Eh adik berbaju merah tu, akak cair tau senyum2 macam tu..haha..


adik-adik taknak dengar cakap akak suruh beratur kan..takpe, biar akak selfie jap..hahah


Akak, apa beza akak dengan cicak?

Apa eh?

Cicak lekat kat dinding, tapi akak lekat kat hati saya..

#pickupline

hebat budak-budak ni ber pick up line dengan gueee..hehe







Nazri sentiasa dibuli kanak-kanak itu..haha



 Tahniah dan terima kasih semua yang terlibat! Korang, sumpah ohsem wehhh..Apa yang penting bonding kita lepas program tauuu :)


sebenarnya, ada banyak gambar nak share tapi banyak gambar yang kat camerawomen. So, kena hold dulu lah..mana yang ada aku share kat sini..harapan aku, nak datang sini lagi, kalau boleh buat 3 hari 2 malam. hee






You Might Also Like

5 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation