46 HARI TETAMU ALLAH

September 18, 2016

Assalamualaikum semua..Hai!

Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, aku nak kongsi pengalaman sepanjang ketiadaan mama dan baba di rumah kerana menunaikan haji.. Sekarang ni, aku sedang menulis entri ni, tapi flight mama dan baba dah mendarat di KLIA..Fuh, sadisnya aku tak dapat nak sambut mama dan baba sampai Malaysia sebab esok kelas wehhh..hmm..Apa-apa pun, alhamdulillah mama dan baba selamat tunaikan rukun islam yang ke-5 dengan baik, semoga mereka dan jemaah haji yang lain dikurniakan haji yang mabrur..InshaAllah.

Okay, kita mulakan dari kejut adik-adik bangun pagi.
Aku yang sebelum ni mama yang kejutkan solat subuh, tapi kali ni aku pulak yang kena kejut dorang solat subuh. Aku pun liat jugak nak bangun, haha tapi bila dah dipertanggungjawabkan oleh baba untuk pastikan adik-adik bangun solat subuh dan sudah pastinya bukan "subuh gajah", maka secara automatiknya aku dapat laksanakan dengan baik..cehh..haha..Bila dah solat subuh, biasanya aku akan terus tarik selimut nak tidur balik, tapi kali ni tak, kena buat sarapan adik-adik sebelum dorang pergi sekolah, pergh..memang lain dari jadual hidup aku lah cerita dia..tapi aku buat jugak, sebab apa? sebab mama dah pesan..hahah..amik adik dari sekolah pulak secara merempit dengan motor oren kesayangan..hehe..(tak rempit pun, aku bawak sopan-santun tau)

Lepastu sambung, menyapu luar dan dalam rumah, selalunya aku menyapu luar, mama menyapu kat dalam, tapi kali ni, kena buat dua-dua..takpun akak aku yang buat..hehe..perempuan dengan mengemas rumah tu dah sebati kan..jangan pemalas sangat woii pastu berangan nak kahwin dengan raja..eh? haha..Lepastu, memasak. Kalau sebelum ni mama baba yang memasak..aku tolong-tolong je..tapi kali ni, aku yang kena masak..sedap ke tak? aku pun tak tahu lah nak kata, korang kena rasa dulu lah..cehh, poyo jap..haha..Alhamdulillah, adik-adik aku cukup makan sepanjang tempoh penjagaan..hehe..Menu aku biasa-biasa je, menu masyarakat marhein je..bukan barat..haha..Secara tak langsung, aku dapat menambah baik lagi masakan aku yang tak seberapa tu..hehe..

Selain itu, (bukan main, penanda wacana..haha) basuh baju, lipat baju dan sebagainya setiap hari, aku basuh pakai tangan, rumah aku tak pakai mesin basuh..pelik? ada aku kisah? hahaa..Sebelum ni, aku basuh baju aku sorang jee..haha..terukss..dan yang paling penting..baba pesan, solat tu biar berjemaah dengan adik-adik, jangan solat sorang-sorang, pastu ajar adik mengaji. Hm

Seterusnya, bab menguruskan duit. Yelah, sebelum orang pergi haji mesti ada bagi duit belanja untuk diguna pakai sepanjang ketiadaan mereka kan? Macam tu jugak mama dan baba. Masa tu belajar menguruskan duit untuk beli barang dapur, barang basah, duit belanja sekolah adik-adik dan macam-macam lah..Bila kau yang pegang duit, kau yang pergi beli barang..kat situ baru kau nampak betapa mahalnya harga barang zaman sekarang ni..beli barang ciput je, tu pun nak dekat RM200..Mak aiii, telan air liur japp..walaupun bayar pakai duit mama baba, tapi kau still ada rasa, woi mahal siot..haa..beli lauk macam ikan, ayam, udang, sayur-sayuran tu pun boleh tahan harganya. Selama ni yang aku tahu makan je, tak tahu pulak harga kann? Sekarang, baru lah aku tahu harga ayam seekor berapa, harga udang sekilo berapa..ish..ish..teruknya akuu..

Hm, aku baru buat semua tu seminggu..tiba-tiba rasa penatnya..hahaa..mama baba tak penat ke buat benda yang sama macam tu hari-hari? Bila aku demam, rasa macam tak larat nak buat semua, tapi mama baba kalau demam pun, still boleh buat semua benda..erm


Hikmah dari semua ni, aku dapat belajar menguruskan rumah, merapatkan hubungan adik-beradik, dan menghargai serta sentiasa mendoakan orang yang tersayang..Rasa rindu tu lain weh..contohnya kalau kau kat universti, mak ayah kau kat rumah, memang rindu tapi boleh tahan lagi, tapi bila mak ayah kau jauh kat makkah sana, rasa rindu tu sampai boleh menitiskan air mata..Aku ni sweet orang nya tapi pemalu (geli pulak aku baca) kalau mama baba baca ni, dayah sayang mama baba sangat-sangat..hee (lap air mata)

Semoga kita juga dipercepatkan menjadi tetamu Allah.. Aminn

Okaylah, sampai sini je la kisah 46 hari aku.




You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation