KONVOKESYEN KE-85 UiTM #uitmdihatiku

November 10, 2016

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah pada 08 November 2016 aku dah konvo untuk diploma, setelah setahun lamanya aku tunggu untuk hari konvokesyen ni. Sampai ke harini masih tak "move on" sebab tu aku update blog malam ni..hehe. Rasa macam nak konvo lagi je, boleh tak? haha. Tunggu untuk degree punya konvo pulak lahh..InshaAllah..Doakan aku ye.

Aku konvo kat UiTM Lendu Kampus Alor Gajah, sidang petang. Memang lecak lah konvo petang-petang ni kan..Tapi takpe, lecak pun sanggup ku redah demi nak konvo punya pasal..haha..Aku sampai Lendu pukul 11 pagi gitu sebab ada sesi fotografi dengan family. Dah settle tu, aku terus naik Dewan Taming Sari untuk ready apa yang patut lah..Satu hari tu aku tersenyum sampai ke telinga, punyalah bahagianya rasa hatiku ini..hehe..

Sementara nak tunggu pukul 1.30 petang tu, aku dengan family pergi makan dulu kat booth yang sedia ada kat situ. Lepas makan, mama ajak pergi kedai bunga dannnnnnnn mama belikan 3 kuntum bunga ros merah tanda kasih sayang..cehhhh...hehe..Sementara nak tunggu waktu zohor, aku bergambar lah dulu dengan family aku kat kawasan situ..Lendu kan cantik..hehe..Cuma nak bagi tips sikit untuk yang konvo sidang petang, korang solat je zohor dulu, lepastu baru pergi beratur kat khemah sana..Aku dulu ingatkan tak sempat sebab kata 1.30, rupanya dah pukul 2 petang pun masih tak masuk dewan lagi, tunngu semua VIP datang..So, solat dulu ye demi mempermudahkan urusan korang.

Bagi yang nak make-up tu tiada masalah, tiada siapa nak marah, tiada siapa nak kisah pun...sila lah make-up, tapi jangan sebab make-up kau taknak solat..sibuk bergambar sini sana tapi dalam keadaan belum solat..ni baru konvo je beb..dah berjaya kan? fikir-fikirlah..


Terima kasih untuk mama baba, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat yang sentiasa meyokong, membantu, memotivasikan diri ini sehingga berjaya menamatkan diploma 2 tahun setengah tepat pada masa yang sepatutnya. Ini hanyalah permulaan untuk aku terus mencipta kejayaan. Perjalanan masih jauh dan berliku-liku. Doakan aku supaya dapat menempuh degree sehingga konvo on time juga. InshaAllah.

Orang kuat disebalik sis. tulang belakang.

Mama Baba adalah orang yang paling banyak bagi dorongan, sokongan, penguat semangat dan sentiasa di samping saat jatuh dan bangun. Tanpa mereka tak mungkin aku boleh tamatkan diploma ni dan sambung degree sekarang ni. Terima kasih!

ni gambar sehari sebelum konvo. (pre-convo) orang kata

Yang ni pulak, geng assignment, memekak, kecoh dan dengar segala luahan hati dan perasaan aku sepanjang kat Lendu. Terima kasih juga korang sebab banyak membantu tau tau tau.. Terima kasih sebab layan kerenah aku yang entah hape ni. hehe..Aku doakan korang semua berjaya dalam apa pun bidang yang korang ceburi. bagi yang dah nak kahwin tu, bawak-bawak lah jemput aku ni..haha




Yang ni, rakan seperjuangan sekelas aku (lelaki tak sampai lagi time ni). Terima kasih jugak dan tahniah ! Selamat Maju jaya dalam hidup masing-masing..Semua masa ni acah-acah shoot pra konvo lah konon..nasib baik ada orang tu bawak someone, boleh lah tolong ambilkan gambar..hehe


Family potrait..Walaupun tak cukup ahli, tapi aku nak jugak ada gambar ni sebagai kenangan..Konvo Degree nanti, kalau boleh nak semua dapat datang..hehee..ni masih tak cukup along dan angah ni..

My happy mom and lil sis



Terima kasih sahabat sudi datang, siap bagi bunga lagi..Tak sangka pula Aminah datang hari konvo kita..hehe


Akhir sekali, terima kasih untuk semua yang mendoakan dan wish tahniah. Alhamdulillah.







You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation