PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

December 09, 2016

Tempat: Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Tarikh: 26 Novemeber - 28 November 2016
Kelab/Persatuan: Briged Sukarelawan UiTM Puncak Alam
Projek: Pembersihan Pantai & Pendidikan Alam Sekitar
Penglibatan: Pelajar UiTM Puncak Alam, MSU Shah Alam, penduduk kawasan dan NGO

Pelajar UiTM & MSU

Alhamdulillah, pada minggu yang lalu kelab beriged sukarelawan telah menyertai program pembersihan pantai yang dianjurkan oleh Global Environement Centre (GEC) pada 27 November 2016 bersamaan dengan hari ahad. Kelab kami menghantar seramai 30 orang untuk turut serta dalam program ini. (ayat start memang formal..hehe)

Briefing sikit sebelum bertolak

Pada 26 November 2016 (sabtu) kami semua bertolak jam 9.00 pagi dari Angsana, UiTM ke Pangkor. Sebenarnya ikut tentatif jam 8.30, tapi biasa lah nak tunggu orang, angkat barang, beriefing bagai dan bahagi-bahagi nama untuk game secret admire tu yang terlewat sikit. Tapi takpe pun, yang penting selamat sampai..hehe

Krew Briged


Okay, masa ni kami semua dah sampai Jeti Marina jam 1.45 gitu rasanya. Sementara nak tunggu feri pukul 3.00 petang, kami pun buat lah sesi bergambar sebab lawa lah pula pemandangan kat sini. (Pemandangan gadis-gadis) Haha.. (gurau)

Sebahagian MT & Exco Briged

Masa ni kami dah nak naik feri dengan bawak barang yang banyak sangat tapi yang lelaki lah yang banyak angkat, terima kasih ye korang. Cuaca boleh tahan juga panasnya mencucuk ke tulang (over). 

Yang ni semua classmates aku

Sampai je homestay, kami siap-siapkan diri untuk gotong-royong pukul 5.30 di kawasan Pulau Indah serta memberi sedikit sumbangan kepada penduduk-penduduk kawasan tersebut. Tapi masa tu aku tak pergi gotong-royong sebab mencari kawasan untuk sukaneka hari isnin nanti (bukan mengelat ehh)





Wajah-wajah ceria penduduk sekitar dan ahli briged itu sendiri. Gambar sis takpe, sis okay je..haha.. Pada malamnya pula kami ada LDK yang di handle oleh Safiq, Nazri, Wan dan Nije. Gambar untuk aktiviti malam tu takde pulak. LDK buat kat homestay je.




Kat sini selalunya orang sewa motosikal, van dan kereta. Bayaran ikut jam untuk motor dan kereta tapi van ikut kawasan. Van pink yang comel ngat..









Gambar-gambar di atas ialah gambar sepanjang program pembersihan pantai pada 27 Nobember 2016 (ahad). Memang meriah sangat sebab kami melakukan pembersihan serentak di kawasan Teluk Nipah, Pulau Bagok, Teluk Dalam, dan banyak lagi (aku tak ingat). Satu pengalaman yang seronok bila bergotong-royong bersama penduduk sekitar. Aku dan 4 orang lagi ditugaskan di Teluk Dalam.

Tahniah Teluk Dalam & the gang sebab juara penglibatan terbaik.


Moment bersama adik-adik Teluk Dalam

Tamat program tu kira-kira jam 1.30 Tengahari rasanya. Balik homestay terus sediakan bahan-bahan memasak untuk BBQ malam nya dan lebih kurang pukul 4.00 petang aktiviti bebas, kami ber snorkling.
percubaan snorkling yang agak baik.



Petang dah puas snorkling bagai, dalam pukul 6.15 petang balik ah nak ready untuk BBQ pada malamnya.



Ehemm
Keesokannya, 28 November 2016 (Isnin), kami teruskan lagi dengan aktiviti sukaneka bersama ahli briged untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Gambar-gambar kat bawah ni  diambil sepanjang aktiviti berlangsung. Ada lebih kurang 5 check point dan 5 team.







Selesai je sukaneka dan majlis penutup, kami semua pulang ke homestay dan mempersiapkan diri untuk pulang ke UiTM semula. Bertolak ke Jeti Marina jam 2.30 petang. Sampai UiTM jam 6.30 petang. Cuti pertengahan semester pun bermula, yeyy.. Esoknya pula, balik Melaka.


Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat untuk program briged kali ini. Maaf salah dan silap sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih juga kepada MT & Exco yang membantu dalam menjayakan program ni. Terima kasih Encik Hiyam dan wife sebab menjadi pengiring kami untuk program ini,











You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation