7 TIPS PILIH TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

November 08, 2017

Assalamualaikum, hai!

Harini tiba-tiba aku rasa nak kongsi sesuatu lah dengan korang, terutamanya bagi yang sedang memilih tempat untuk latihan industri. Aku harap tips yang aku bagi ni sedikit sebanyak dapat lah membantu korang yang tengah kusut tu. Ye, aku tahu bukan senang nak dapat tempat praktikal ni terutamanya kos aku, Perbankan Islam. Nak tunggu jawapan macam tengah tunggu jodoh masuk meminang. Eh! Hehe..

Jadi, di sini aku senaraikan beberapa tips berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku:

1. Pilih tempat yang berkaitan dengan kos

Kalau boleh, pilih tempat yang ada kaitan dengan kos korang. Contohnya kalau kos kewangan, pergi lah minta L.I di bahagian kewangan syarikat, jangan pula minta di bahagian IT, masak kau nanti. Tidak kisah kerajaan atau swasta, elaun sikit atau banyak, dekat atau jauh, syarikat besar atau kecil sebab yang paling penting, kau boleh tamatkan L.I kau dengan jayanya dan tanpa sebarang masalah. Tips paling rare aku nak bagi ni, kalau korang jenis L.I di semester akhir dan perlu menyiapkan tesis, aku cadangkan buat L.I di kerajaan. Bukan aku nak kata L.I di sektor kerajaan takde kerja, ada je kerja tapi kerja mudah-mudah yang kau boleh siapkan tak sampai 10 minit je! (serius tak tipu). Jadi, masa yang terluang korang tu boleh lah siapkan proposal atau tesis korang tu dan tak perlu nak stay up sampai pukul 2-3 pagi buat tesis sebab kau dah siapkan kat pejabat. Tapi kalau kau nak minta sektor swasta lagi bagus, ada banyak kerja dan banyak lah yang kau belajar. Tak macam aku ni haa siap boleh update blog lagi. Uhuks..

2. Baca dan faham betul-betul latar belakang syarikat

Benda ni pun penting juga untuk pilih tempat L.I korang supaya dihari yang mendatang korang tak menyesal ataupun acah-acah terkejut bila berhadapan dengan tugas yang pelik-pelik. Acah-acah? Ye acah-acah tak tahu itu tak tahu ini bila bos kau bagi task. Bukan salah bos kau, tapi salah kau sebab tak faham betul-betul latar belakang syarikat. Ada syarikat yang memang mempergunakan habis tenaga kau sebagai pelajar L.I. Kerja kau pun dah sama macam pekerja tetap kat situ tapi dia bayar kau tak sama lah macam bayar pekerja tetap kat situ. Contohnya, kalau pekerja kat situ gaji bulanan RM2,300 kau dapatlah elaun RM500 walaupun kerja yang kau buat sama je dengan pekerja kat situ buat. Tapi RM500 tu banyak lah jugak dari aku ni. Haha..

3. Baca dan hadam syarat-syarat pelajar latihan industri

Kebiasaanya dekat website syarikat tu ada bahagian karier, lepastu dia ada bagi syarat-syarat untuk L.I macam tempoh minimum L.I, CGPA, skill dan sebagainya. Jadi baca dan hadam dalam hati tu. Kalau rasa ada semua syarat-syarat yang disenaraikan, sila lah apply. Kalau takde kat website, terus telefon je syarikat tu, lagi senang cerita. Tapi tanya tu elok-elok lah, jangan kau terus tanya, "Puan, amik intern tak?" Eh, kau ni tak belajar ke dulu? Tanya lah macam ni, "Hello/ Asssalamualaikum, saya Hidayah dari UiTM Puncak Alam nak bertanya, ......................(sebutkan nama syarikat) ambil pelajar untuk latihan industri tak?" Kalau dia cakap ada, haa kau tanya lah apa yang kau nak tanya macam syarat-syarat ke, dokumen yang perlu dihantar ke dan sebagainya.

4. Hantar resume, cover letter dan mini transkrip

Bila korang rasa dah puas hati ketiga-ketiga2 yang di atas, sila lah hantar resume, cover letter dan mini transkrip korang sama ada melalui email atau pos. Tapi aku nasihatkan korang pergi datang terus kat tempat L.I yang korang nak tu sebab itu lebih dilayan berbanding kau email dan pos. (Ini serius).

5. Sentiasa update dengan syarikat 

Ni pun penting sebab takde lah kau membuang masa kau menangguk di air yang keruh. Selepas kau bagi resume bagai tu kat syarikat tu, tunggu sehingga 14 hari bekerja, kemudian telefon untuk bertanya kau punya status. Kalau macam ye tak ye je tu, kau pergi lah apply tempat lain.

6. Hantar dan sebarkan lah resume beserta cover letter anda

Jangan had kan dan berharap pada sesebuah syarikat sahaja, pergilah apply banyak-banyak. Walaupun aku tahu ada universtiti yang mengehadkan jumlah syarikat yang boleh dipohon oleh pelajar untuk memilih tempat L.I, tapi kita kena lah bijak kawan-kawan, cari alternatif lain. Kalau korang tak tahu, boleh tanya aku melalui email ye, nanti aku ajar. hehe

7. Bersabar dan berdoa

Macam aku cakap tadi lah, nak tunggu jawapan dari tempat L.I ni macam tunggu jodoh masuk meminang kan? Jadi, kau kena lah bersabar dan sentiasa berdoa untuk dapat tempat L.I supaya korang tak perlu untuk repeat sem dan boleh grad on time. Cakap pasal sabar ni aku ada satu cerita, masa aku dah terima tempat L.I aku yang sekarang ni, aku lapor diri hari Isnin lah sebagi contoh, tapi hari jumaat yang sebelum Isnin tu boleh pula Amanah Raya, KL telefon aku nak offer tempat praktikal. Kau dapat bayangkan tak betapa berkecainya hati aku ni?? Haha.. jadi aku bersabar dan terus meneruskan L.I aku sampailah  harini. Hehe..Alhamdulillah..


Cukup 7 tips ni sahaja untuk korang pilih tempat L.I. Aku harap korang dapat lah L.I kat tempat yang korang inginkan. Sekian :)



You Might Also Like

1 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation