CASHIER?

April 14, 2018

Hai! (Setelah lima bulan berlalu, menyepikan diri tanpa sebarang update)
Harini baru aku ada sedikit ruang untuk update blog ni sebelum aku berangkat ke Klang esok. (Acah macam jauh sangat pulak dari melaka ni). Hehehe...

Okaylah, seperti tajuk di atas, tak pernah pun dalam hidup ni aku terfikir untuk kerja cashier sebab aku rasa aku tak reti dan takut kalau duit short ke apa ke kan. Tapi, setelah aku cuba menjadi seorang cashier untuk sebulan lebih di Tesco Cheng, aku dapat mengharungi dengan jayanya. 

Macam mana aku boleh tiba-tiba jadi cashier?




Ceritanya begini....

Akhir bulan Januari, aku baru tamatkan Final Year Project (FYP) dan VIVA Voce Presentation di UiTM Puncak Alam. Lepas habis semua tu, aku pun balik Melaka. Lepak kat rumah 2 minggu (konon-konon nak ganti balik tidur dan rehat yang tak cukup disebabkan oleh FYP). Selepas 2 minggu tu baru aku rajin nak update resume sebab result final pun dah dapat masa tu. Bermula lah misi mencari kerja kat online macam Jobstreet, maukerja dan Linkedin. Macam-macam kerja kot aku applied, ada beberapa yang panggil interview dan ada juga yang reject sebab takde pengalaman (masa tu rasa macam real lah susahnya nak cari kerja yang ikut kelayakan kita). Lepastu, aku dah tak boleh nak duduk diam lagi kat rumah, aku tekad untuk kerja je apa-apa je yang ada dan yang dekat dengan rumah (cari pengalaman lah katanya dan #graduantakmanja #graduantakpilihkerja).

Aku ingat lagi, kerja yang aku applied buat masa tu ada dua, dominos dan tesco (sebab kat area rumah aku memang berlambak kerja kalau nak ikutkan). Aku pun isi borang kat dominos dan hantar. Lepastu pergi Tesco pula, masa ni mula-mula aku sebenarnya nak apply kerja office macam HR ke apa ke kan (tu niat yang ada kat dalam hati aku masa aku datang situ). Aku terus pergi kat Customer Services (CS), masa tu ada akak tu jaga kat situ, dia suruh aku isi borang. Akak tu tanya, "awak nak apply jawatan apa?" Aku pun, "em, kalau admin ada tak?". Lepastu akak tu dia kata takde kerja kosong untuk apa-apa jawatan kat office. Aku macam frustrated lah kan..Aku pun tanya lah lagi, "apa kerja kosong yang ada?" , akak tu kata cashier ada. Aku pun terus macam berfikir jap, "seriously cashier, boleh ke aku jadi cashier ni" (aku cakap dalam hati je lah masa ni). Aku pun buat keputusan, okay kot jadi cashier, tak cuba tak tahu kan, tak kenal maka tak cinta. Aku pun isi lah borang, aku letak pendidikan aku kat dalam tu Diploma je (aku malas nak tulis yang lain). Lepas hantar tu aku terus balik rumah. Sampai je rumah, ada private number call, dia suruh aku datang interview petang tu jugak. Aku pun pergi lah balik tesco tu. Aku interview dengan manager front end (Kak Christ), bukan interview apa sangat pun, dia tanya nak kerja full-time ke part-time, macam mana jadual kerja, apa tugas semua lah. Bila aku dah setuju, dia suruh datang kerja hari Jumaat pukul 9 pagi (aku interview tu hari Rabu).

Hari Jumaat pun tiba, aku pun bersiap dengan long-sleeve tshirt putih, seluar slack hitam, tudung bawal hitam dan kasut hitam bertutup. (Oh ya, aku lupa nak bagitahu, aku okay sebab perempuan tak perlu tuck-in baju dan tudung tak perlu masuk dalam). Aku pun pergi lah Tesco dengan riang gembira, HR suruh isi borang itu ini dan buka akaun CIMB). Petang tu dah start training kat check-out counter. Aku pun pergi lah kat kaunter seorang akak ni, belajar dengan dia macam mana nak scan barang, macam mana nak terima bayaran (guna kad atau tunai) dan macam-macam lagi lah. Aku rasa nervous bila dia suruh aku scan barang, memang jantung aku laju je beb sampai terdouble scanned. Akak tu redha je aku terdouble scanned. Haha..Keesokan harinya, aku masih training tapi dengan orang yang berbeza-beza. Tiba lah hari ketiga, aku kena buka kaunter sendiri (pergh, masa ni sejuk tangan aku beb). Masa ni aku masih malu-malu lagi especially bila jumpa aku punya jiran lah, cikgu lah, lecturers lah, junior sekolah lah. Tapi semua perasaan tu berjaya ditepis. (Aku letak jauh-jauh aku punya degree, dan hadap realiti hidup buat masa tu). Masa tu tekad lah nak cari pengalaman sebagai cashier. 

Bila aku dah seminggu kat situ, aku dah takde rasa malu bila jadi cashier dan aku enjoy je kerja aku waktu tu. Semua cashier kat situ baik-baik dan friendly. Memang cepat je nak in dengan dorang. Aku happy bergaul dengan orang dari pelbagai background. Staf dari department lain pun friendly sangat bila nampak budak baru. Kiranya, macam satu family walaupun deprtment lain-lain. Nak cakap pasal pengalaman jadi cashier, aku simpulkan dengan 2 perkataan, enjoy dan fun. Walau penat macam mana pun, kawan-kawan semua yang jenis masuk air sentiasa akan happy kan korang dan saling membantu. Aku kalau tak dapat offer tempat lain, memang aku akan stay tau kat situ. Daripada aku low scan rate, sampai aku dah okay scan (laju lah kiranya) dan kurang void item (ter double scanned).

Banyak perkara yang aku belajar sepanjang jadi cashier especially pengalaman berdepan dengan perangai customer yang macam-macam. Customer macam mana pun perangai, kau still kena layan dia baik-baik, senyum dan cool. Kalau nak share satu-satu kat sini memang tak habis weh.. Ada yang bila dah beli barang, baru tahu takde duit dalam purse, ada yang suka-suka nak cancel barang sebab Tesco tak provide beg plastik, ada customer yang nak ceritakan kisah hidup dia, ada yang acah-acah pandai matematik (konon cashier kira salah), jenis yang ajak berdebat pasal harga (padahal dia yang salah tengok harga), jenis yang judge cashier takde education, jenis customer yang nak mengorat cashier pun ada, yang assume cashier tahu semua harga barang kat dalam tesco tu, yang bayar guna semua duit syiling atau semua RM1 dan sebagainya. Tapi apa-apa pun perangai dorang tu, tu lah pengalaman aku. Terima kasih.. heheh..

Pernah tak korang pergi shopping kat mana-mana lepastu tiba-tiba kau taknak barang tu, kau letak barang tu di tempat yang bukan tempatnya. Contoh, ais krim kau pergi letak kat tempat maggi (ni memang nak kena marah lah). Benda ni semua cashier yang akan kutip barang-barang yang korang tinggalkan sesuka hati ni dan pergi susun kat tempatnya semula. Penat tahu tak? (aku pun pernah buat gitu). Sekarang ni, aku dah insaf dah, taknak buat gitu. Hehe..Selama sebulan lebih, banyak benda yang aku belajar, dan benda ni kau takkan dapat belajar dalam buku melainkan kau cuba sendiri jadi cashier tu. Pengalaman ni aku boleh tambah kat resume aku.. Hehehe..Serius aku enjoy weh :) Nak resigned pun sedih je..Terima kasih semua staf Tesco yang budiman. Pengalaman yang takkan aku lupakan.

Much lovesssssssssssssssssss,
-dayah-



You Might Also Like

9 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation